CARA MENARIK MINAT PELAJAR UNTUK BELAJAR
Proses Pembelajaran merupakan satu proses yang menyeronokkan dan menghiburkan. Proses Pembelajaran menjadi seronok apabila seseorang itu minat dan faham dengan apa yang dipelajarinya tetapi ia akan menjadi sesuatu yang amat susah dan membosankan apatah lagi apabila seseorang pelajar itu tidak mempunyai minat dengan apa yang ingin dipelajari. Justeru oleh itu,guru-guru haruslah lebih kreatif dan berfikiran lebih terbuka apabila menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Disini saya ingin berkongsi dengan semua beberapa cara yang dapat diamplikasikan dalam kehidupan terutamanya kepada para pelajar :- CARA-CARA MENINGKATKAN MINAT PELAJAR UNTUK BELAJAR :~ Guru hendaklah mempelbagaikan nada ketika proses pengajaran. guru tidak seharusnya menggunakan nada yang mendatar kerana ia akan menyebabkan pelajar akan cepat bosan dan mudah hilang tumpuan. Guru juga boleh menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkan pelajar mudah memahami apa yang diajar. bahan ini juga memuda...