CARA MENARIK MINAT PELAJAR UNTUK BELAJAR

Proses Pembelajaran merupakan satu proses yang menyeronokkan dan menghiburkan. Proses Pembelajaran menjadi seronok apabila seseorang itu minat dan faham dengan apa yang dipelajarinya tetapi ia akan menjadi sesuatu yang amat susah dan membosankan apatah lagi apabila seseorang pelajar itu tidak mempunyai minat dengan apa yang ingin dipelajari. Justeru oleh itu,guru-guru haruslah lebih kreatif dan berfikiran lebih terbuka apabila menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Disini saya ingin berkongsi dengan semua beberapa cara yang dapat diamplikasikan dalam kehidupan terutamanya kepada para pelajar :-

CARA-CARA MENINGKATKAN MINAT PELAJAR UNTUK BELAJAR :~

  1. Guru hendaklah mempelbagaikan nada ketika proses pengajaran. guru tidak seharusnya menggunakan nada yang mendatar kerana ia akan menyebabkan pelajar akan cepat bosan dan mudah hilang tumpuan.
  2. Guru juga boleh menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkan pelajar mudah memahami apa yang diajar. bahan ini juga memudahkan pelajar memahami apa yang diajar dan memudahkan pelajar untuk menghafalnya. dengan itu,pelajar akan mempunyai banyak waktu untuk mengulang kaji subjek lain. antara BBM yang boleh digunakan ialah Bahan Bantuan Mengajar bukan elektronik, Bahan Bantuan Mengajar elektronik dan Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
    • Bahan Bantu Mengajar bukan eletronik seperti gambar,kad imbasan atau kad cantuman,model dan sebagainya.
    • Bahan Bantu mengajar eletronik seperti contoh Projektor, Filem tayangan, radio dan sebagainya.
    • Bahan bercorak pengalaman pula lebih kepada penceritaan tentang pengalaman yang pernah dilalui oleh para guru kepada pelajar. 

    Ketiga-tiga itu untuk memudahkan pelajar melihat gambaran apa yang diajar bukan sekadar hanya membayangkan dalam fikiran mereka. Selain itu,pelajar juga boleh belajar secara bukan formal iaitu belajar sambil bermain atupun dipanggil permainan dalam pembelajaran. Perkara ini dapat mengurankan tekanan pelajar apabila sekadar mendengar pencerahan guru. 

    1. Selain itu, guru juga boleh menyuruh para pelajar membuat pembentangan. Hal ini kerana sesetengah pelajar lebih faham apa diterangkan oleh rakan mereka berbanding apa yang dijelaskan oleh guru mereka. Melalui pembentangan ini juga dapat melatih mereka supaya lebih berani dan berkeyakinan untuk bercakap dihadapan rakan mereka. 

    SEKIAN, TERIMA KASIH



    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

    STRATEGI MENINGKATKAN PERHATIAN PELAJAR