KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

 KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

PENGENALAN

    Antara kemahiran yang paling asas untuk memulakan pembelajaran ialah kemahiran

mencatat nota. Kemahiran ini digunakan juga dalam pekerjaan dan kehidupan

seharian bertujuan untuk mencatat maklumat peribadi, mesyuarat atau seminar.

Mencatat nota bermaksud membuat catatan bertulis mengenai perkara penting dan

boleh dirujuk kemudian sekiranya diperlukan. Mencatat nota perlu kerana anda tidak

perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari sebaliknya nota menjadi bahan

rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Nota adalah ringkasan

daripada isi-isi penting yang didengar dan dipelajari.


    Hasil kajian oleh G. Staley, orang yang menyalin nota akan mengingat apa

yang disalinnya sebanyak 65% menalaka orang yang membaca nota hanya dapat

mengingat sebanyak 10% sahaja. Mencatat nota adalah satu seni ingatan kerana nota

yang sistematik dapat meningkatkan daya ingatan seseorang. Kemahiran ini boleh

dipelajari dan dikemaskini melaui usaha, latihan dan ketekunan seseorang.

Mengambil dan mencatat nota mempunyai kelebihan tersendiri. Nota yang baik dan

tersusun secara sistematik akan mendatangkan banyak kelebihan apabila diperlukan.

Nota merupakan catatan yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila berlaku

lupaan. Sesuatu yang dipelajari sekian lama dan tidak diulangkaji atau diingati, ianya

kan menjadi usang maka akan berlaku lupaan. Oleh itu, mencatat nota adalah satu

kaedah berkesan untuk proses pengukuhan ingatan. Nota mudah untuk dicapai

berbanding dengan buku kerana mudah untuk dibuat rujukan sekiranya diperlukan.

Semasa mencatat nota, kita menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, kreatif dan

analitik untuk mengenal pasti isi-isi penting semasa proses pengajaran dan

pembelajaran (PdPc) dengan ini akan dapat membantu pelajar membuat refleksi

tentang apa yang telah diipelajari.


    Strategi mencatat nota bukan hanya untuk pelajar tetapi mungkin digunakan

oleh tenaga pengajar bagi tujuan kuliah. Kelebihan yang nyata kepada pelajar, nota

yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan

akhir sebelum menghadapi peperiksaan. Mencatat nota perlu melalui proses

perancangan yang teliti untuk mendapatkan kesan yang maksima. Persediaan rapi

adalah diperlukan sebelum mencatat nota iaitu pertamanya ialah membuat persiapan

untuk mendengar pengajaran pensyarah atau guru seperti buku teks, buku catatan,

alat tulis, bersedia dan tiada gangguan emosi. Pelajar juga perlu mengetahui tajuk

yang akan disampaikan, sebaiknya membaca dahulu tajuk tersebut. Tahu tajuk

sebelumnya, kerana tajuk pelajaran adalah berturutan, jika kita tidak faham pelajaran

lepas mungkin susah untuk memahami pelajaran akan datang.


    Persediaan semasa proses pembelajaran pula ialah memberi perhatian

sepenuhnya terhadap PdPc iaitu dengan mencatat apa yang diajarkan di papan hitam

/ putih, catat apa-apa sahaja yang dapat membantu kefahaman kita. Sebaiknya

bertanya dengan segera jika tidak faham, jangan biarkan persoalan yang tidak faham

itu tertinggal kerana ini akan menyukarkan kita untuk memahami isi pelajaran

seterusnya. Pastikan semua isi pelajaran yang dipelajari dicatat, pastikan kita faham

tema dan isi pelajaran pada hari tersebut. Selepas proses pengajaran, semak semula

catatan yang telah dibuat, cuba faham dan ingat kemudian salin semula catatan itu

dalam bentuk nota yang kita mudah ingat untuk diulangkaji. Antara bentuk nota mudah

ialah teknik tulang ikan, jari, matahari, isi penting, fakta penting, jadual, kronologi,

peta edaran dan sebagainya) teknik petaan minda.

 

    Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, penyediaan nota yang terbaik adalah

menjadi keperluan. Antara kepentingan mencatat nota ialah ianya merupakan satu

amalan ulangkaji, hafalan dan dapat mengembalikan ingatan hampir semua isi-isi

penting, meringankan bebanan belajar iaitu buku teks dan buku rujukan boleh

diketepikan, dapat melatih diri mencatat isi-isi penting dalam pelajaran dan boleh

menambahkan minat serta keseronokan belajar kerana nota padat, ringkas, kemas,

tersusun dan kreatif. Menghasilkan nota yang baik, seseorang perlu melatih dirinya

pada peringkat awal supaya menjadi kebiasaan semasa proses PdPc. Antara

kemahiran yang perlu ada ialah kemahiran mendengar, kemahiran membaca laju,

kemahiran menulis, kemahiran mencatat kata kunci, kemahiran menulis ringkas dan

kemahiran menggunakan perkataan sendiri.


    Bagi mengenal pasti elemen-elemen yang perlu ada untuk menghasilkan nota

yang baik ialah melalui ciri-ciri yang dimilikinya seperti mengandungi idea utama,

dicatat dalam buku khas, terdapat rangka kasar sahaja, penggunaan kata kunci. Nota

disemak selalu agar tidak tertinggal idea utama, ada ruangan catatan disebelah kiri

atau kanan, terdapat erdapat lakaran atau grafik, terang dan mudah dibaca. Namun

begitu terdapat juga elemen-elemen yang perlu dielakkan seperti menggunakan

kertas pelbagai bentuk dan saiz, tulisan tidak boleh dibaca, tiada tajuk pada setiap

nota, tiada ruangan catatan tambahan dan tidak menulis tajuk kecil selepas tajuk

besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MENARIK MINAT PELAJAR UNTUK BELAJAR

STRATEGI MENINGKATKAN PERHATIAN PELAJAR