KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA
KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA PENGENALAN Antara kemahiran yang paling asas untuk memulakan pembelajaran ialah kemahiran mencatat nota. Kemahiran ini digunakan juga dalam pekerjaan dan kehidupan seharian bertujuan untuk mencatat maklumat peribadi, mesyuarat atau seminar. Mencatat nota bermaksud membuat catatan bertulis mengenai perkara penting dan boleh dirujuk kemudian sekiranya diperlukan. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari sebaliknya nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Nota adalah ringkasan daripada isi-isi penting yang didengar dan dipelajari. Hasil kajian oleh G. Staley, orang yang menyalin nota akan mengingat apa yang disalinnya sebanyak 65% menalaka orang yang membaca nota hanya dapat mengingat sebanyak 10% sahaja. Mencatat nota adalah satu seni ingatan kerana nota yang sistematik dapat meningkatkan daya ingatan ...