STATEGI MENINGKATKAN INGATAN BELAJAR
Strategi meningkatkan ingatan belajar:
1)MENGGUNAKAN KARDAH MNEMONIK:
Perkataan mnemonik (mnemonic) adalah daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘untuk mengingat’. JENIS KAEDAH MNEMONIK
1. Teknik Loci
Loci bermaksud lokasi adalah teknik mnemonik yang berfungsi dengan mengasosiasikan tempat-
tempat atau benda-benda di lokasi yang dikenal dengan hal-hal yang ingin diingat. Contohnya
kita akan membuat pembentangan yang mengandungi tiga topik utama. Setiap bahagian
pembentangan akan dihubungkan dengan penanda yang mewakili turutan isi pembentangan.
Contohnya, kita cuba bayangkan sebuah ruangan kelas. Pasu bunga yang ada di sudut ruangan
kelas adalah benda pertama yang kita lihat ketika bergerak ke depan. Kita memilih pasu bunga
itu untuk mengingatkan kita pada ucapan selamat pada pensyarah dan rakan-rakan yang berada
dalam kelas. Lampu-lampu yang ada dalam kelas pula dipilih untuk mengingatkan kita pada
topik selanjutnya atau isi-isi ucapan, dan mungkin pintu kelas dipilih untuk mengingatkan
bahagian penutup pembentangan yang akan kita sampaikan.
2. Teknik Kata Kunci
Teknik mnemonik ini telah digunakan orang selama bertahun-tahun, terutama untuk mengingat kata-kata bahasa asing dan konsep abstrak. Teknik ini adalah asosiasi lain yang mengaitkan secara verbal dan visual kata yang hampir sama dengan kata atau konsep yang harus diingat. Contohnya untuk mengingat kata muallimah (guru perempuan) dalam bahasa Arab kita mengasosiasikannya dengan kata Mak Limah kerana kata itu mudah kita ingat.3. Teknik Kata Penghubung
Menghubungkan adalah proses mengaitkan atau mengasosiasikan satu kata dengan kata yang lain melalui sebuah aksi atau gambaran. Strategi ini biasa digunakan dengan sistem kata penanda untuk mengingatkan serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Dengan strategi kata penanda yang telah diajarkan tadi, misalnya nombor telepon 019-441 0467 dapat diingat dengan dihubungkan dengan (4) roda kereta rosak ditarik oleh lori besar yang juga beroda (4) sampai di sebuah selekoh yang ada (1) pokok besar sebelah rumah yang kosong (0). Lori besar beroda (4) itu membawa telur setengah dozen (6) untuk makan selama semingu (7). Atau anda ingin menyederhanakan proses mengingatnya dengan mengkombinasikan nombor dalam beberapa unit, sehingga nombor itu dapat diingat dengan lebih mudah. Kunci dalam membuat hubungan adalah menggunakan imaginasi. Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik atau realistik, yang penting hubungan itu memicu ingatan anda.4. Akronim
Akronim adalah satu kata yang terhasil daripada huruf pertama dari serangkaian kata,contohnya KUIS akronim dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.5. Akrostik
Akrostik seperti akronim, juga mengggunakan huruf-huruf kunci untuk membuat konsep abstrak lebih konkrit, sehingga mudah diingat. Namun, akrostik tidak selalu menggunakan huruf pertama dan tidak selalu menghasilkan singkatan dalam bentuk satu kata, informasi yang diingat dalam akrostik dapat berbentuk perkataan atau frasa tertentu. Contohnya untuk mengingat urutan warna-warni pelangi digunakan akrostik mamat jual kacang hijau banyak ia untung : merah,jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu.Satu pengalaman:
-Saya menggunakan teknik Akrostik untuk mengingat formula subjek akaun. Contohnya untuk membuat akaun kawalan Belum terima, saya menggunakan formula "jamilah,beli,barang diskaun,dapat faedah:jualan,bank,diskaun diberi,faedah dikenakan".SEKIAM TERIMA KASIH
Ulasan
Catat Ulasan