PENGHASILAN NOTA MERUPAKAN PROSES BELAJAR
Kelebihan seseorang itu belajar cara menghasilkan nota:-
1. Menjimatkan
masa untuk mengulangkaji ringkas terutama di saat akhir ingin menghadapi
peperiksaaan
2. Membezakan
antara fakta penting dan fakta yang kurang penting.
3. Mencepatkan
proses ulang kaji sesuatu pelajaran.
4. Nota
sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh
dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.
Cara-cara menghasikan nota:-
• Annotation-nota
ini ditulis dalam bentuk kerangka isi penting,kandungan perbincanagan yang
disampaikan dalam kuliah. Tujuan untuk mengenal pasti kandungan atau focus
tajuk yang dibincangkan. Catatan disediakan dengan menggunakan pen highlighter
untuk menonjolkan perkataan atau isi penting.
• Outline
notes-nota ditulis dalam bentuk points dengan menggunakan perenggan,nombor,atau
perkataan. Nota ini menyenaraikan pint utama dan juga subpoint.
• Column
notes-nota yang ditulis mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolom. Kolom
yang disebelah kiri terdiri dari idea utama/tajuk dan subtajuk manakala kolum
sebelah kanan terdiri dari sebuah penerangan dan penjelasankepada tajuk.
• Nota
rumusan-nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada
teks yang dibaca atau yang didengari.
Langkah-langkah menghasilkan nota:-
1. Membaca
teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum
membuat nota.
2. Mendapat
kefahaman yang menyeluruh.
3. Nota yag
dibuat mestilah mengikut teks dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil ,
bahagian-bahagian , pendapat-pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini
perlu dihafal.
4. Menggabungkan
syarahan pensyarah dan teks.
5. Membuat
rujukan ketika perlu.
6. Gunakan
buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan garisan-garisan
berjalur.
7. Pastikan
tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang
lebih jelas dan mudah dibaca.
8. Gunakan
teknik menggaris kata kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika
perlu.
9. Nota yang
dibuat hendaklah ringkas dan padat.
Apakah alat-alat berfikir dalam membuat nota:-
Pengurusan
Grafik = ia dapat membantu guru dan pelajar menvisualkan apa yang berkaitan
konten dan isi kandungan sesuatu teks atau bahan pembelajaran. Ia merupakan
pemetaan atau pola penyusunan yang digunakan untuk mewakili perhubungan
maklumat dengan sesuatu idea.
Peta
Minda = ia digunakan sebagai satu cara mencatat nota dengan ringkas dan
berkesan, ia juga digunakan untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar. Ia
menghubungkaitkan perkara/konsep/ perkataan/ kata kunci dengan sesuatu yang
mempunyai hubungkait antara satu sama lain.
Pemetaan
i-THINK = ia merupaka satu program bertujuan mempertingkatkan da membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang
berinovasi.
Teknik
Menyoal Aras Tinggi
- Penyoalan sokratik
- Soalan bertumpu dan mencapah
- Lingkaran soalan
- Alat-alat CoRT 1
- Alat-alat CoRT IV (PEMIKIRAN KREATIF)
SEKIAN TERIMA KASIH
Ulasan
Catat Ulasan